Sabtu, 18 April 2020

Kisah Seram - Terkenan...

 

- Pengalaman dan tradisi orang kita memang banyak pantang larangnya dan sebagai profesi saya sebagai seorang pakar perubatan di atas kapal dan mempelajari ubatan orang barat, ada juga bercanggah dengan cara kita. Seperti penyakit sumbing atau dalam bahasa orang Inggeris "Cleft Lips" ialah kerana proses pembentukan janin d
i dalam rahim tidak sempurna dan sebabnya itulah sumbing ini terjadi.

Akan tetapi, banyak juga perkara yang saya mengalami tidak dapat dibuktikan akan sebabnya dalam perubatan orang barat. Dan saya sendiri menjadi musykil. Berbalik pula pada cerita saya, saya memang dilahirkan tidak cukup bulan kerana ibu saya telah tumpah darah masa mengandungkan saya tujuh bulan. Saya akan kembali dengan cerita itu pada lain hari.


Cerita terkenan, masa ibu saya mengandungkan saya semasa sewaktu umur janin 5 - 6 bulan. Ibu saya mengidam untuk memakan kaki ayam. Dan pada masa itu, pada tahun 70an, ayam hidup di dalam pasar akan dipilih dan ayam tersebut akan disembelih cara Islam. Jadi ibu saya telah memilih seekor ayam jantan yang mempunyai taji di kaki sebelah kirinya. Selepas ayam tersebut disembelih dan dibersihkan bulunya, ayam tersebut pun dibawa pulang ke rumah untuk disiang.

Jadi masa ibu saya mengambil kaki kiri ayam jantan tersebut yang hendak digorengnya, beliau mengambil pisau dan menetak putus taji di kaki ayam tersebut. Perbuatan beliau dilihat ayah saya dan menegurnya. Akan tetapi kedua ibu dan ayah saya pun tak mengendahkan sangat perkara tersebut, lalu kaki ayam pun dibuang seperti dinasihati ayah saya kepada ibu saya supaya jangan memakan makanan yang aneh-aneh semasa masih sarat megandung lagi. Setelah beberapa bulan saya pun dilahirkan secara "Caeserian" kerana ibu saya telah tumpah darah yang terlalu banyak dan ibu saya sendiri hampir-hampir meninggal dunia kerana itu.

Alhamdullilah saya dan ibu saya telah berjaya diselamatkan. Akan tetapi, sewaktu saya berumur beberapa hari di dalam "incubator" sebab terlalu kecil, doktor dan kedua ibu bapa saya perasan yang saya ada ketumbuhan dalam bentuk taji ayam dipotong setengah dikaki sebelah kiri saya. Tetapi selepas diperiksa, mujurlah ia dapat dioperasi selepas beberapa bulan umur saya, tetapi pada proses pemulihan, ia selalu bernanah dan harus dibersihkan. Mujurlah ia bukan tumbuhan kanser dan sekarang setelah saya berumur 30an tahun, tidaklah memudaratkan buat diri saya dari segi fizikal ataupun kesihatan. Ia pun telah pulih, hanya ada parut di kawasan pergelangan kaki kiri saya sekarang.

Yang peliknya ialah adakah itu satu perkara terkenan yang dimaksudkan dan lagi satu, saya dilahirkan pada tahun kuda mengikut kepercayaan kaum Tionghua. Cara kebetulan pula saya juga ada tanda lahir di bahagian kiri dada saya yang berbentuk kepala kuda laut. Ia mempunyai hidung, mata dan telinga dan seperti dilukis ala-ala lakaran tatu di badan.
..


Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club